CEO Dunia Herbs di ruangan Pesona akhbar Kosmo

August 13th, 2011 No comments

MELIHAT empayar bisnes kecantikannya semakin berpengaruh dan dikenali, hati Rushdi Abdullah berbunga puas. Selaku Pengasas Dunia Herbs Sales & Marketing, beliau telah berjaya merealisasikan impian ribuan wanita yang mendambakan tubuh yang langsing dan menggiurkan.

Bagaimanapun ujar lelaki yang berusia 41 tahun itu, untuk mengecapi impian tersebut, pelbagai onak dan cabaran terpaksa diharunginya. Hal itu kadangkala membuatkan beliau hampir berputus asa.

Ketika membutirkan setiap pengalamannya kepada Kosmo!, ada kesedihan yang begitu mencengkam jiwanya.

Beliau bercerita : “Sejak kecil saya membantu ayah berniaga di kedai dan ketika berumur dalam lingkungan 20 tahun, saya mengambil alih perniagaan kain bapa saya, bila duit di depan mata, saya boros.

Baca kisah selanjutnya di Kosmo! Online – Pesona

3 Produk Losyen Terbaharu Keluaran Dunia Herbs

June 4th, 2011 No comments

Losyen Mustajab SuperHot!
Losyen Mustajab Neutral (Serai Wangi)
Losyen Mustajab Cool (Pegaga)
Dapatkan info selanjutnya di http://duniaherbs.com.my/


Rakan Niaga Affiliate Dunia Herbs Telah Dilancarkan

April 7th, 2011 No comments

Gaji anda tidak pernah cukup?? Kena bayar bil tiap-tiap bulan?? Dibebani hutang?

Cuba kita lihat pada kehidupan kita hari ini dan hari-hari sebelum ni..Kita semua mempunyai tanggungjawab yang besar, bangun setiap pagi keluar untuk mencari rezeki yang halal. Semua ini adalah untuk diberikan kepada anak-anak dan isteri demi keselesaan hidup mereka.

Sedarkah kita? Bila saja sampai waktu gaji tiba, kebanyakan duit gaji habis dibelanjakan untuk keperluan harian. Kena bayar sewa rumah, bil air, bil elektrik, bil astro dan macam-macam lagi. Oh! terlupa pulak, hutang pinjaman perumahan, hutang pinjaman kenderaan dan macam-macam lagi. Pendek kata, setiap bulan gaji tak pernah cukup.

Tanya pada diri-sendiri..dan tanya juga pada semua orang..siapa hendakkan duit lebih? Jawapan semestinya semua nak.

Tapi bagaimanakah hendak mendapatkan atau menjana pendapatan lebih yang dimaksudkan itu?

Selama ini anda bertungkus-lumus bekerja untuk mendapatkan duit, kenapa tidak hari ini anda biarkan duit pula bekerja untuk anda?

Tukarkan pendapatan BULANAN anda menjadi pendapatan HARIAN..Pendapatan TAHUNAN menjadi pendapatan BULANAN serta tukarkan PERBELANJAAN anda menjadi PENDAPATAN…

Sertailah Program Affiliate Dunia Herbs Sekarang!!

Kepada semua pengguna produk Dunia Herbs, jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai program affiliate Dunia Herbs sekarang dan jana pendapatan anda sehingga 12% daripada hasil setiap pelanggan yang membeli melalui rujukan anda.

Kategori : Beginner (Komisen Asas Permulaan)

Aras Kadar Komisen Jualan Sehingga (RM)
1 5% 1-100
2 7% 101-199
3 10% 200-Tiada Had


Kategori : Expert (Syarat : Telah mencapai jualan terkumpul sehingga RM10,000)

Aras
Kadar Komisen
Jualan Sehingga (RM)
1 7% 1-100
2 9% 101-199
3 12% 200-Tiada Had


Pendaftaran untuk program affiliate Dunia Herbs adalah PERCUMA. Dengan hanya mendaftar sebagai ahli di laman web Dunia Herbs, secara automatiknya anda telah layak untuk menjadi rakan niaga kami!!

Selepas anda telah berjaya menjadi rakan affiliate kami (Perlu mendapat kelulusan oleh admin terlebih dahulu), anda boleh menggunakan banner,html,text atau direct link yang telah disediakan di ruangan tool pemasaran untuk mempromosikan link affiliate anda. Anda boleh meletakkan alatan pemasaran kami di blog, laman web ataupun di laman rangkaian sosial seperti Facebook atau Twitter.

Kelebihan Menjadi Rakan Niaga Affiliate Kami

*Mana-mana ahli yang telah menjadi rakan niaga affiliate kami akan menikmati potongan diskaun sebanyak 20% setiap kali melakukan pembelian produk dari Dunia Herbs secara online.

Kini anda berpeluang untuk menjana pendapatan berterusan menerusi laman web, blog atau laman sosial anda.

Apa yang anda perlu lakukan?

1. >>DAFTAR<< sebagai ahli Dunia Herbs.
2. Seterusnya dalam halaman akaun saya, klik pautan sertai program Rakan Niaga.
3. Isikan butiran pembayaran, iaitu maklumat yang kami perlukan untuk membuat pembayaran kepada anda.
4. Masukkan mana-mana kod iklan yang telah disediakan ke laman web, blog, emel atau laman sosial seperti Facebook atau Twitter anda.
5. Berbeza dengan program affiliate lain, program affiliate kami masih memberi peluang kepada anda menjana pendapatan meskipun pelanggan yang dirujuk tidak mendaftar keahlian atau membeli pada masa itu juga.
6. Anda juga berpeluang mendapat komisen dari pembelian seterusnya dari pelanggan yang dirujuk.
7. Anda boleh mula menebus komisen selepas jumlah terkumpul melebih jumlah minimum (RM50) yang dibenarkan.

* Tertakluk kepada terma dan syarat.

Penaikkan Taraf Sistem Pembayaran Online

March 1st, 2011 No comments

Dunia Herbs kini telah menaik taraf sistem pembayaran secara online dengan menggunakan khidmat dari NBepay Online Payment Gateway System. Dengan adanya sistem ini, akan memudahkan lagi pelanggan-pelanggan online Dunia Herbs untuk membuat pembayaran dengan hanya satu klik sahaja.

Sistem ini juga mampu menerima pembayaran menggunakan kad kredit dan juga menerima pembayaran dari semua bank-bank tempatan.

Keselamatan data-data pembayaran dari pelanggan juga adalah lebih terjamin.

Nor Azmiza Ahmad Juara Gadis Impian Remaja Dunia Herbs!!

October 3rd, 2010 No comments

Setelah dua bulan menanti, akhirnya pencarian Gadis Impian Remaja Dunia Herbs sampai ke kemuncaknya. Majlis akhir yang penuh gilang-gemilang ini berlansung di restoran Saloma Bistro Ampang, Kuala Lumpur. Selain daripada kemuncak pertandingan, pihak Dunia Herbs dan Remaja turut meraikan para tetamu dalam majlis sambutan Aidilfitri 2010.

Kesemua 15 finalis tampil anggun dengan sepersalinan serba indah lagi menawan tajaan Galeri Ratu hasil rekaan Ezuwan Ismail. Setiap peserta turut mengenakan dua pasang busana yang berwarna hijau dan juga putih.

Setelah melalui sesi memperkenalkan diri dan ujian IQ, Mahkota Pencarian Gadis Impian Remaja Dunia Herbs akhirnya telah dinobatkan kepada Nor Azmiza Ahmad yang berasal dari Pahang Darul Makmur. Gadis bertudung yang masih berusia 17 tahun ini turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000.00 tajaan Dunia Herbs, tiara, jambangan bunga, selendang dan pakej percutian Universal Studio, Singapura 3 hari 2 malam untuk dua orang tajaan Poto Travel.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis evergreen seperti Nassier Wahab, Ramlah Ram dan Ameng Spring. Turut sama mengadakan persembahan, artis yang semakin meningkat naik iaitu Alyah yang popular dengan lagunya ‘Tak Mungkin Kerana Sayang’.

Antara tetamu yang hadir ialah Encik Rushdi Abdullah (Ketua Pegawai Eksekutif Dunia Herbs), Encik Wan Rosdi Wan Jaafar (Pengarah Urusan Dunia Herbs) Puan Firdaus Dato’ Hussamuddin iaitu Pengarah Eksekutif (Penerbitan) Kumpulan Media Karangkraf dan Cik Nora Danish iaitu pelakon, model dan pengacara merangkap duta produk Dunia Herbs. Tidak ketinggalan juga para stokis Dunia Herbs. Kepada pemenang, tahniah diucapkan dan kepada kesemua finalis pertandingan, semoga terus berjaya pada masa akan datang. – Ju Munira Dahari (NONA)

LAGI GALERI GAMBAR MALAM KEMUNCAK