Archive

Archive for June, 2010

PENCARIAN GADIS IMPIAN DUNIA HERBS.

June 16th, 2010 No comments

Peluang Menjadi Glamor – Segalanya bermula disini…Inilah saat yang dinanti-nantikan

*Pencarian Gadis Impian Remaja Dunia Herbs kini bermula..pastikan kamu tidak melepaskan saat keemasan ini bagi merebut peluang yang mungkin hadir hanya sekali seumur hidup. Siapa tahu, mungkin kamu GADIS PALING BERTUAH yang kami cari.

*MISI PENCARIAN
1. Membuka peluang untuk gadis remaja menjadi model Dunia Herbs.
2. Gadis yang anggun, sihat, berketerampilan menarik dan menawan merupakan kriteria utama
3. Boleh dijadikan platform kepada gadis remaja yang ingin menceburi dunia penuh glamor ini
4. Dikenali ramai sebagai idola remaja di Malaysia

*SYARAT-SYARAT

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur antara 17 hingga 23 tahun
3. Tinggi melebihi 5’5″
4. Memiliki bentuk tubuh yang menarik
5. Fotogenik
6. Bujang
7. Setiap borang penyertaan mestilah disertakan bersama bukti pembelian (Kotak Produk) sebarang produk Dunia Herbs berserta borang rasmi
8. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan. Hantarkan tiga keping foto terkini yang terang (bersaiz penuh dan close-up)
9. Tarikh tutup 1/7/2010

HOTLINE : 03-4023 2440

*DAPATKAN BORANG PENYERTAAN DI MAJALAH REMAJA SEKARANG!!!

Dunia Herbs Teroka Pasaran Timur Tengah

June 3rd, 2010 No comments

Jalin Kerjasama Strategik Dengan Syarikat Di Arab Saudi.

Abdullah Habibullah (kiri) mewakili Best Product Establishment dan Rushdi ketika menandatagani perjanjian sebagai wakil tunggal pasaran Timur Tengah di Kuala Lumpur baru-baru ini. DuniaHerbs Sales & Marketing Sdn. Bhd. pengeluar losen berasaskan pati halia, bakal mengukuhkan jenamanya dengan meneroka pasaran Timur Tengah, Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rushdi Abdullah berkata, kerjasama strategik melibatkan Best Product Establishment di Arab Saudi yang bertindak sebagai syarikat tunggal dan rakan pengedar jenama DuniaHerbs bagi pasaran Timur Tengah.

“Untuk permulaan, 500,000 unit produk ini akan dipasarkan di sana”, katanya selepas memeterai perjanjian persefahaman bagi tujuan itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun berjaya meneroka pasaran luar seperti Indonesia, Singapura dan Brunei, syarikat juga giat mengukuhkan jenama bagi pasaran domestik.

“Sepanjang tahun ini, kami membelanjakan RM2 juta hingga RM3 jutauntuk tujuan promosi dan pengiklanan. Kami menggunakan pelbagai saluran untuk promosi dan sambutan yang diberikan cukup memberangsangkan dengan jualan kini mencecah RM2 juta sebulan”, katanya.

Rushdi berkata, syarikat mempertaruhkan losen pati halia untuk dieksport kerana ia paling laris dan berjaya dijual pada purata 50,000 unit sebulan.

“Produk sulung kami mendapat sambutan hangat sejak dilancarkan pada 2005 dan kami berhasrat memperkenalkan 10 produk baru sepanjang tahun ini dan dua tahun akan datang.

Kini Ada 12 produk DuniaHerbs dengan bilangan penngedar mencecah 700 hingga 800 orang di seluruh negara”, katanya.

Menurutnya, pasaran tempatan digerakkan dengan 40 stokis seluruh negara selain diedarkan di rangkaian farmasi dan pasaraya seluruh negara.

“Stokis perlu ada modal awal sekurang-kurangnya RM50,000 manakala tiada had minimun bagi pengedar”, katanya.