Archive

Archive for July, 2010

Diskaun Hebat Sempena Pelancaran Laman Sesawang Rasmi Dunia Herbs.

July 30th, 2010 No comments

Sempena pelancaran laman sesawang yang baru Dunia Herbs pada 29 Julai 2010, pihak kami dengan berbesar hati menawarkan potongan diskaun hebat sebanyak 25% untuk setiap pembelian secara ‘online’.
Tawaran ini sah bagi semua rangkaian produk dari Dunia Herbs.

Baucar kupon boleh digunakan TANPA HAD iaitu anda boleh menggunakan kod kupon pada setiap pembelian secara online.
Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2010. JANGAN LEPASKAN PELUANG ini, daftarlah sekarang sebagai ahli di :-

DAFTAR – KLIK DISINI

Sila guna kod di bawah semasa membuat pembelian :

Kod Diskaun 25% = Mustajab2010

Produk Terbaharu Dari Dunia Herbs.

July 29th, 2010 No comments


Formula Lelaki

  • Diformulakan secara tradisional untuk menambah tenaga
  • Dapat meningkatkan hormon testeron lelaki
  • Meningkatkan tahap ejakulasi pra-matang
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Melegakan sakit dan lenguh-lenguh pinggang selepas bersama
  • Mengeratkan hubungan intim suami isteri
  • Melawaskan kencing
  • Kecergasan sepanjang hari
  • Kapsul 400mg

Harga : Sem. M’sia RM 48.00
Sabah/Sarawak RM 51.00
BELI ONLINE

Nora Danish Jurucakap & Duta Baru Bagi Produk Dunia Herbs.

July 14th, 2010 No comments

Nora Danish artis popular tanahair kini selaku pengguna dan jurucakap bagi barangan produk keluaran Dunia Herbs.

KESIBUKAN memenuhi undangan sesi fotografi dan jadual penggambaran yang padat sering kali memenatkan tubuhnya. Memandangkan tempoh kerja dan rehat kerjayanya yang tidak menentu, Nora Danish Hanif, 28, mengakui adakalanya dia mengalami keletihan sendi dan otot.

Biarpun mengamalkan diet seimbang, dan melakukan rejim senaman secara sistematik, lenguh-lenguh badannya masih dirasai. Namun situasi itu sejak dua tahun sudah pun berlalu. Kesakitan sendi dan otot yang dialami dapat ditanganinya dengan baik.

“Semuanya bermula sewaktu menjalani penggambaran drama Pendekar Lima di dalam hutan. Pada waktu itu saya sering terganggu dengan gigitan nyamuk khususnya di bahagian kaki. Gatal-gatal yang akibat gigitan nyamuk itu secara tidak langsung mengganggu konsentrasi lakonan.

“Disebabkan ketidakselesaan itu seorang kenalan menyarankan supaya saya menyapu seluruh badan dengan Losen Mustajab Pati Halia. Hasilnya cukup memuaskan. Bukan sahaja mengelakkan gigitan nyamuk malah badan terasa segar dan sihat,” ujar Nora Danish mengenai rangkaian produk Losen Mustajab Pati Halia keluaran Dunia Herbs Sales & Marketing.

Losen berasaskan halia yang didatangkan dalam tiga jenis itu juga membantu melegakan ketegangan otot dan sendi sepanjang tempoh Nora mengandung. Atas faktor itu, ibu kepada Putera Raiqal Ramli Rizal Ashram Ramli itu mengambil keputusan untuk terus menggunakan Losen Mustajab Pati Halia selepas bersalin.

Mengurangkan selulit

“Sebelum ini saya berpendapat losen berasaskan herba hanya sesuai digunakan oleh wanita yang berumur 40 tahun ke atas. Rupa-rupanya tidak. Misalnya losen halia ini antara pilihan ideal buat remaja 20-an untuk tampil cantik, cergas dan sihat.

“Maklumlah golongan muda kini semakin sibuk dengan aktiviti harian. Jadi saranan saya sebelum tidur sapu losen di seluruh badan ataupun di bahagian-bahagian yang lenguh. Jika diamalkan selalu setiap pagi anda akan dapati badan terasa cergas. Lagipun seperti yang kita ketahui halia baik untuk kecantikan dan kesihatan luaran serta dalaman badan,” kata Nora pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Dunia Herbs Sales & Marketing.

Selebriti berwajah comel itu menyifatkan Losen Mustajab Pati Halia juga membantu mengurangkan selulit.

NORA DANISH menggunakan Losen Mustajab Pati Halia selama hampir tiga tahun.

Sehubungan itu, bagi mengekalkan bentuk badannya Nora kerap menggunakan losen tersebut di seluruh badan pada sebelah pagi dan malam. Namun enggan membiarkan bahagian luaran saja dijaga maka Nora turut mengambil lima kapsul Pati Halia Nightriem setiap malam untuk kesihatan dalaman badan.

Kapsul itu bertindak memecahkan lemak dan selulit serta menurunkan berat badan. Sementara itu, Pengasas Dunia Herbs Sales & Marketing, Rushdi Abdullah memberitahu, khasiat halia sememangnya diketahui sejak berkurun lamanya. Berdasarkan pengalaman beliau, Rushdi mendapati ibunya bukan sekadar menggunakan halia dalam masakan bahkan dalam minuman bagi melancarkan peredaran darah dan membuang angin dalam badan.

Selain itu halia yang ditumbuk dengan lada hitam dapat mengurangkan bengkak di kaki atau tangan. Faktor tersebut secara tidak langsung telah mendorong Rushdi untuk mengeluarkan produk berasaskan halia.

Sejak syarikat Dunia Herbs Sales & Marketing memulakan operasi lima tahun lalu pasaran produk syarikat tersebut semakin meningkat terutama produk perintis Losen Mustajab Pati Halia yang mula dipercayai pengguna di seluruh Malaysia.

“Kami telah menjalankan kerjasama bersama syarikat Best Product Establishment dari Arab Saudi yang bertindak sebagai syarikat tunggal dan rakan pengedar Dunia Herbs di Arab Saudi,” tambah Rushdi tentang produk Dunia Herbs yang dijual di salon-salon kecantikan dan kaunter jamu di Indonesia, Singapura dan Bangkok.
Sumber

Pengisian Jawatan Kosong

July 7th, 2010 No comments

Kami di Dunia Herbs memerlukan tenaga-tenaga kerja seperti berikut dengan segera :-

Pengurus Pemasaran
- Perempuan sahaja
- Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan pemasaran
- Berpengalaman dari segi perhubungan awam
- Boleh berbahasa Arab adalah diutamakan
- Berumur 25 ke atas

Eksekutif Pemasaran (2 kekosongan)
- Lelaki dan Perempuan
- Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang pemasaran
- Berumur 20 ke atas

DTP Artis/Pereka Grafik
- Lelaki atau Perempuan
- Berumur 20 tahun keatas
- Berpengalaman adalah diutamakan
- Kreatif dalam penghasilan seni reka grafik

StoreKeeper (2 kekosongan)
- Lelaki sahaja
- Berumur 18 – 30 tahun
- Mempunyai sekurang-kurangnya sijil SPM

DOWNLOAD BORANG JAWATAN KOSONG

SILA HANTAR BORANG PERMOHONAN BERSAMA RESUME ANDA YANG LENGKAP KE :-

Dunia Herbs Sales & Marketing Sdn. Bhd.
No 4, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah,
53300 Setapak, Kuala Lumpur
Malaysia

TEL : 03-40232440